awe

awe

Thursday 5 May 2011

TELAH JAUH KU BERJALAN

        DALAM LIKU HIDUP SEBAGAI INSAN,BERKELANA BERGERAK DARI KAMPUNG KECIL MENITI ALAM PERSEKOLAHAN, DI BUAI ANGIN DESA YANG TENANG,BERSIH DALAM ERTI KATA NILAI.BERGERAK MELANGKAH DALAM KEPAYAHAN MENGEJAR SEJUNGKIR KEJAYAAN DALAM ALPA DAN SEDAR AKHIRNYA KU BERJAYA.
        DALAM KERIUHAN,TANPA PENGALAMAN KAKI KU TERJEJAK DI KOTA IDAMAN BAGI INSAN.YANG KU DENGAR LIRIK MERDUNYA HEBAT DENGAN PEMBANGUNAN,NAMUN KU LIHAT KHABAR ITU CUMA HAYALAN DI TAMBAHI GERAK ANGIN HITAM DALAM SUASANA PENUH KELAM MENGUGAT KEIMANAN.
         DALAM PERJALANAN BARU INI KU SEDAR LANGKAHKU BISA GOYAH,REBAH ANDAI TERPAUT DENGAN HEBATNYA HIBURAN.GERAK LANGKAHKU MULA KU SUSUN ,DENGAN PERLAHAN KU HULUR KAKI BERGERAK DALAM MOHON DAN DOA KEPADA TUHAN AGAK TEGUH DENGAN TALI ISLAM.
        

Wednesday 4 May 2011

JALAN-JALAN SEKITAR MID VALLEY

HAMKA

jikalau engkau masih muda,senangkanlah dirimu pohon pengharapanmu masih subur,dahan dahanya masih rendang.. maka mudalah bagimu tujuan kenang kenangan,menjadi mimpi mencari makna kejadian yang sebenarnya.jikalau engkau sudah tua,senangkanlah hatimu kerana engkau telah terlepas dari madan pertempuran yang sengit dan engkau telah beroleh beberapa ilmu yang jarang-jarang kau peroleh dalam sekolah hidup ,engkau telah tahu firasat ,mengerti gerak geri manusia dan tahu ke mana tujuan jalan di tempuhinya.oleh sebab itu dalam pekerjaan yang engkau lakukan kalau engkau suka akan banyak memperoleh faedah dan tersingkir dari bahaya,satu detik umurmu di masa tua jauh berharga dari bertahun-tahun umurmu di masa muda kerana segalanya telah kau lalui dan tempuhi dgn pgalaman yg manis dan pahit

QUSUF QARDHAWI

Yusuf Al Qaradawi
Ketamadunan yg islam hendak dirikan bukan seperti tamadun-tamadun yg lain yg mementingkan sudut kebendaan dlm kehidupan yg lebih mementingkan sudut jasad & nafsu pada insan.Mementingkan kelazatan di dunia ini.Maka ia menjadikan dunia itu perkara terbesar yg diambil berat & sekadar itu ilmunya.ia tdk meletakan bg Allah suatu kedudukan dlm falsafahnya.akhirat tiada ruang baginya dlm sistem pemikiran & kebendaan.ini bercanggah dgn hadarah al islam(tamadun islam)ia menyambungkan antara insan dgn Allah,mengikat antara bumi dgn langit,mencampurkan antara roh & kebendaan,menyeimbangkan antara akal & hati,menghimpunkan ilmu & iman,mengambil berat tentang ketinggian akhlak seperti ia mengambil berat kebendaan.ia sebenarnya tamadun kerohanian & kebendaan,impian & realiti,rabbani & insani,akhlak,& pembangunaan individu & jemaah.ia adalah tamadun yg seimbang & pertengahan.

Tuesday 3 May 2011

HILANG DALAM TERANG

     Dalam keresahan,pemikiran insan mengelamun,berterbangan ke awan awangan di himpit kegagalan kelmarin.Sedarlah insan hari ini hari yang akan engkau tempuhi bukan hari kelmarin yang telah pergi,bukan hari besok yang belum pasti.Jadi lalui hari ini dengan lembaran baru,umpama ia satu permulaan dalam perjalanan hidupmu..
    Bangkitlah pada pagimu lakukan apa yang ingin engkau kerjakan jangan engkau tunggu petang menjelma,saat mentari menyapa inilah hari anda bukan kelamrin yang telah berlalu dan besok yang belum pasti.Hari ini gagahi segalanya dengan kerja keras,umpama ia hari terakhir kamu berbakti kepada pertiwi.Persembahkan lah sesuatu yang paling indah sebelum hari ini pergi.
    Di hari ini syukuri segalanya,anda kamu gembira,jadi jangan tangisi kegagalan kelmarin dan meratapi hari depanmu yang belum pasti.Saat bulan menjengah keluar itu tandanya besok itu bakal menjelma dengan tekad dan azam yang sama,laluinya dengan penuh rasa insaf.
   Sebagai Hamba pasti engaku mengerti harimu,kewajipanmu,maka laksanakannya dengan penuh khusyu dalam setiap solatmu,penuh kerendahan dalam doamu.Bersiap sedialah hari keabadiaan pasti tiba,jangan engkau leka barang sesaat.
  

Sunday 1 May 2011

JANGAN KAU BERSEDIH

       JANGAN ENGKAU RESAH  KERANA PERJALANAN HIDUPMU YANG SEDIKIT BERLIKU,KEKADANG DI UJI ,REBAH KAMU DI JALAN KEHIDUPAN.PANDANGLAH SAUJANA PANJANG DI HADAPAN MU,REALITINYA ENGKAU BUKAN SENDIRI,MASIH RAMAI INSAN DI UJI KEKADANG UJIANNYA LEBIH MENYAKITKAN.SUDAH FITRAH HIDUP MANSUSIA DI UJI,SEDARLAH UJIAN ITULAH YANG MENDEWASAKAN KITA.
       DALAM KEHIDUPAN BELAJARLAH UNTUK BERSYKUR JANGAN ENGKAU TERPAKU DENGAN KESENANGAN SEGELINTIR INSAN TAPI TUNDUKLAH KE BUMI MELIHAT BANGSA YANG MASIH TERJAJAH,MASIH MELARAT DI NEGARA SENDIRI.PENDERITAAN  MU BUKAN SETERUK ITU,NAMUN RUNGUTANMU  MELAMPUI KESAKITAN.
        JANGAN ENGKAU KHUATIR,JANGAN ENGKAU RESAH HIDUPMU TIDAK KESEORANGAN,DALAM SUJUDMU PANJATKAN DOA KEPADANYA,SESUNGGUHNYA DIA MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.JANGAN ENGKAU UKIRKAN KEGUSARAN MU DENGAN KETIDAKPUASAN KERANA ITU BERERTI ENGkaU TIDAK TAHAN DENGAN UJIAN .

Tuesday 26 April 2011

KENYATAAN ITU

           Bahawa sejauh mana kau lari kenyataannya tetap sama,bahawa yang berlalu tetap berlalu yang mendatang pasti jua menjelma.Jangan kau palingkan mukamu,jangan kau undur langkahmu kerana gentar akan kegagalan,bukan lelaki undur sebelum berjuang.Andai kau bersedia lautan cabaran yang berombak  itu umpama aliran sungai yang tenang kerana semuanya bisa engkau tangani.Andai kau berdiri usah bimbang akan jatuh kerana tegapnya engkau dari acuan yang terbentuk dari jutaan pengalaman yang engkau susuri sepanjang hidup.Andai engkau jatuh mengapa perlu engkau sedih,bimbang dan berputus asa,kerana adatnya hidup jatuh bangun itu mainan kehidupan.,yang malu apabila engkau jatuh namun tak mampu bangkit kembali dari kegagalan itu.
              Sudah sikap manusia terlalu lama berduka ,tergaman dek kegagalan semalam,sedangkan di hadapan beribu pintu peluang terhampar tetapi kita terlalu lama terpaku di hadapan pintu kegagalan sehingga lupa akan pintu peluang yang sentiasa terbuka.
              Jangan engkau anggap gagal itu sesuatu yang  buruk,tetapi pandanglah ia satu cabaran dalam perjalanan ,pengalaman yang datang bukan melemahkan tetapi menjengukmu untuk menjadikan pengajaran agar engkau lebih teguh di masa hadapan dan agar engkau tidak hanyut dek kesenangan dan kenikmatan yang berterusan.Sesungguhnya kegagalan itu tidak bukan melainkan benih-benih kenikmatan bagi insan yang bisa berfikir dan bisa menilai.