Bahawa sejauh mana kau lari kenyataannya tetap sama,bahawa yang berlalu tetap berlalu yang mendatang pasti jua menjelma.Jangan kau palingkan mukamu,jangan kau undur langkahmu kerana gentar akan kegagalan,bukan lelaki undur sebelum berjuang.Andai kau bersedia lautan cabaran yang berombak itu umpama aliran sungai yang tenang kerana semuanya bisa engkau tangani.Andai kau berdiri usah bimbang akan jatuh kerana tegapnya engkau dari acuan yang terbentuk dari jutaan pengalaman yang engkau susuri sepanjang hidup.Andai engkau jatuh mengapa perlu engkau sedih,bimbang dan berputus asa,kerana adatnya hidup jatuh bangun itu mainan kehidupan.,yang malu apabila engkau jatuh namun tak mampu bangkit kembali dari kegagalan itu.
Sudah sikap manusia terlalu lama berduka ,tergaman dek kegagalan semalam,sedangkan di hadapan beribu pintu peluang terhampar tetapi kita terlalu lama terpaku di hadapan pintu kegagalan sehingga lupa akan pintu peluang yang sentiasa terbuka.
Jangan engkau anggap gagal itu sesuatu yang buruk,tetapi pandanglah ia satu cabaran dalam perjalanan ,pengalaman yang datang bukan melemahkan tetapi menjengukmu untuk menjadikan pengajaran agar engkau lebih teguh di masa hadapan dan agar engkau tidak hanyut dek kesenangan dan kenikmatan yang berterusan.Sesungguhnya kegagalan itu tidak bukan melainkan benih-benih kenikmatan bagi insan yang bisa berfikir dan bisa menilai.
No comments:
Post a Comment